Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Konvokesyen Tabika Kemas Dun Ayer Keroh 2014

 Assalam.....rinduunyeee kt blog nii :)

Rasa macam dipanggil-panggil pulak nak update blog setelah sekian lama saje menyepi. Iye memang saje....jangan marah arr (versi bujang lapok).

Hari ni dah pun masuk permulaan bulan Disember 2014. Bermakna Khayra tak lama lagi dah nak darjah 1.Apesal cepat sangat Kakak membesar ni. Baru je rasanya mama lap muntah Kakak masa Kakak kecit-kecit dalam pantang.Waah bukan main jauh lagi nak flashback.

Alhamdulillah Khayra Nur Rania bijak di sekolah tadika. Baru-baru ni masa Konvokesyen Tabika Kemas Dun Ayer Keroh, Khayra dipilih sebagai Kanak-Kanak Cemerlang Dun Ayer Keroh 2014 (there are 17 Tabika Kemas in these Dun).Pencapaian ini diukur didalam ujian khas pemilihan pelajar cemerlang iaitu seramai 60 orang pelajar mengambil ujian ni.

Mana tak bangga mama ko ni kak. Mama langsung tak pegi tadika.Terus je masuk derjah 1. Terer tak terer la mama ni.Atok Lias kata takde sape nak anta mama pegi tadika time tu sebab atok & nenek keja.Ok fine.Eh korang nak tau, my laki pun tak pegi tadika rupenyeee.Pun terus masuk derjah 1. Alaa kita memang sejodoh la bang.wink.wink.


 






 Bersama Cikgu Fatin yang mengajar Khayra 2 tahun kat tadika.Banguuun semuaaa...Teriiimaaa Kaaasiiih Cekeguu!!

Moga Khair Amsyar dan Khair Imran ikut jejak langkah Khayra untuk terus cemerlang. Amiin.

0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...