Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Sambung Cuti Hujung Tahun

Hari ni hari kedua untuk tahun 2014. Kesilapan yang biasa kalau nak tulis tarikh mesti dok tenyeh 2013 lagi.Huhuhuhu.Meh ler kita qadak cerita-cerita yang ada.Wink.wink.

Lepas melegamkan diri kat PD, saya and hasben sambung cuti Isnin dan Selasa tu.Rabu dah Krismas. So enjoy lah 5 hari cuti tu yer.Isnin hari untuk Dating.Anak-anak macam biasa kita antau kat taska.Sangat kijam ini worang.Takpe, hari Selasa baru bawak anak-anak jalan lagi.

Jalan-jalan yang dekat-dekat je pun.Cukuplah kita tawaf Aeon Bandar Melaka.Tu pun boleh mendatangkan lenguh kat kaki saya ni tau tak.

 Makpak merah.Anak-anak dark blue.Gambar yang takde ialah Dak Imran.Sebab dia tengah tidur kat pangku lepas dapat nyusu dengan saya.Itulah kerja dia....


  Muka budak baru bangun tidur.Buka-bukak mata dah ada makanan.

 
 Sabar menanti makanan.

 Buatlah apa-apa yang patut anak-anak.

 Lepas makan jom kita ukur Aeon ni.Sambil tu boleh eksyen naik jip tak gerak ni.

 Ni semua lakonan semata.Budak-budak ni masih lagi penakut naik benda alah ni.Takyah lah nak tukar token ke sebab karang mesti dak Kakak atau Amsyar melompat turun balik.

 Jarang boleh ambik gambar tengah senyum dak Imran ni.Ni kira bertuah lah T_T



 Aktiviti berbayar pulak.Lepaklah lama-lama kat situ,bukan selalu.Hehe.




 Ni gambar dating .Anak kat taska.Dak kakak tanya kenapa mama pakai jeans anta kakak pergi taska.Terpaksalah berterus terang dan akhirnya muncung empat belas depa pun keluar.Oklah mama amik kakak dengan adik-adik awal hari ni pastu kita Mydin Mall pulak.Terus dalam hati ada taman dak Kakak.Budak-budak...
2 Responses

  1. Hanna Says:

    pulun cuti..hehehe...rileks je,tp dh start kerja bercinta nk pergi kerja..huhu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...