Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Khayra Dah Ke Sekolah Tadika

Tahun baru azam baru.So, dengan azam baru ni, nak tingkatkan prestasi kerja.Maka dengan itu, kerja-kerja berbloging pun buat ala-ala je.Awal tahun banyak la nak kena hadap report pentadbiran & kewangan.Susun betul-betul mana yang nak setel dulu.

Tapi rasa nak update blog meluap-luap..Sebelum masuk bulan Februari, meh nak citer sket ni..

Khayra Nur Rania dah masuk Tadika Kemas.Tahun ni dia 5 tahun.Alhamdulillah tak banyak ragam.Dah dari kecik dia dok taska, so takde masalah nak sesuaikan tempat baru.Rambut panjang yang simpan selama 4 tahun tu dah selamat dikorbankan.Itupun direquest oleh anak dara.Sayang betul potong rambut Kakak yang kerinting hujung tu.Tukang gunting adalah mama.Mula-mula nak try je, akhirnya macam syok je tarah rambut orang.Comel gak apa.(Nasib baik la rambut kakak jenis kerinting, so kalau senget-benget tu tak berapa nak nampak la..hahaha)

Setakat 3 minggu sekolah ni, nampak jugak perubahan yang Kakak dapat.Kakak dah pandai tulis nama sendiri.Tapi takat KHAYRA je la.NUR RANIA belum pandai lagi.Panjang sangat, kang dia tak ingat nak tulis huruf apa dulu.Huhuhu.Sekarang ni rutin harian kena hantar kakak pergi school dulu pastu barulah bekejar anta Amsyar & Imran pegi taska.Tengah hari nanti balik school kakak transit ke taska adik-adik dia.Oh ye, saya dah tukar Amsyar ke taska lain.Next episod saya cerita ok :)


Hari pertama ke sekolah.Saya dan hasben cuti.Barulah rasa mcam mana parents lain rasa bila anak first time masuk sekolah.Tak kisahlah sekolah tadika ke sekolah darjah 1 ke, neves dia macam kita yang nak masuk sekolah balik.Anak yang nak masuk sekolah tu rilek je..T_T.....

New Image.Sepit rambut tu trademark.Haha.Actually beg sekolah tu bukan beg baru.Papa belikan beg tu masa Khayra umur 2 tahun.Teruja sangat time tu.Sayang rasanya nak bawak beg pooh pergi taska.Simpan elok-elok,bila nak pakai still nampak baru.Jimat.

Hari pertama school, mama & papa hantar.Sekarang ni, balik tengah ari nak transit ke taska, ada uncle cina tu amik upah hantar budak-budak tadika balik rumah atau taska.Tapi baru dapat SMS minggu lepas, uncle tu tak dapat nak bawak budak-budak ni start bulan Februari atas sebab kesihatan.Uncle tu orang pencen kerajaan, mula-mula buat part time pun sebab hantar cucu ke tadika.Last-last bila ramai request,baru dia buat part time job ni.Lama jugak, hampir 6 tahun dia bawak budak tadika start dia pencen.Khayra sempat naik dengan Ah Kong (saya suruh dia panggil Ah Kong, rasanya Atuk dalam bahasa cina) sebulan je la.Alhamdulillah, masalah kenderaan ni hampir setel bila ada orang sanggup amik upah bawak balik budak-budak tadika.


Kat sekolah tadika ni ada seorang cikgu dan seorang pembantu tadika.Umur murid 5 dan 6 tahun je.

Kat rumah dah start dah rajin menulis.Khayra ni nampaknya tak suka kaler-kaler.Dari kecik yang saya nampak, jarang nak hadap gambar untuk kaler.Kalau menulis tu dia rajin sikit.Malam-malam Kakak akan buat latihan sendiri.Dia akan penuhkan mukasurat tu dengan ABC dan 123.Amsyar pulak akan ikut apa yang Kakak buat, so sekarang ni Dak Abang pun dah start pegang pensil nak menulis.Tulis apa?Hanya Dak Abang je yang tahu..hahaha.





Kakak adalah idola Abang.Kalau Kakak melompat, dak Abang pun melompat,kalau Kakak joget-joget, dak Abang pun joget sama, kalau Kakak membaca, Dak Abang pun sibuk menyempil baca buku yang sama Kakak baca.Kalau Kakak pukul Adik?Dak Abang pun cepat jugak tangan dia.So, mama selalu pesan kat Kakak tunjukkan tauladan yang baik.Dak Abang akan ikut apa yang Kakak buat...



Moga Kakak dan Abang jadi anak yang soleh dan solehah.Amiin.

2 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    Dah besar dah anak dara ko... ;)


  2. Hanna Says:

    Kann..kejap je dh tadika..anak dara ko pun sama dh besar, si comel mareesa tu :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...