Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Konvokesyen Taska Permata Perpaduan : 1 Disember 2012

Pejam celik, pejam celik kejap je dah masuk bulan Disember kan.Tahun lepas dalam bulan Disember saya tengah memboyot bawak dak Imran dalam perut.Masa tu pregnant dah 7 bulan.Sekarang ni Imran pun dah besar (besarlah sangat), dah masuk 9 bulan.Alhamdulillah.

1 Disember 2012, Khayra Nur Rania selamat berkonvo.Wah, budak-budak sekarang tak main lah panggil Hari Anugerah ke, Hari Penyampaian Sijil ke, terus Majlis Konvokesyen youu.Tahun depan Khayra dah tak masuk Taska Permata lagi.Taska ni sampai umur 4 tahun je.Tapi Khayra belum 4 tahun lagi...kesian, sape suruh lahir hujung tahun..haha.

Sebenarnya, saya tunggu gambar dalam kamera baru nak update citer ni.Tapi, tu laa, incek hasben suka benau peram gambar dalam kamera tu.Saya pulak tak kuasa nak bawak kamera gabak tu bawak ofis.Kena transfer guna kabel.Oh no..saya sangatlah pem..Card reader perlu beli.Musti!

Takpelah, gambar guna kamera henset pun boleh gak.Tapi gambar masa pakai jubah yang penting.Gambar mustahak tu la yang dok peram dalam kamera lagi T__T

Nanti kalau gambar tu dah masak ranum, boleh lah saya upload.Huhuhu


Majlis bermula 8.30 dalam kertas program.Biasalah nak tunggu orang-orang besau datang, kul 9 lebih gak startnya.Khayra kena datang taska dulu.Nak mekap la hape lah.Pukul 6.45 pagi siap-siap masuk kereta.Cemerlang.Kalau hari-hari macam ni kan bagus Kakak.Tapi dah kena pusing jauh,sebab taska kat MITC, tempat konvo tu Auditorium Masjid Al Azim.Kena patah-patah balik.Sudahnya, papa pergi hantar je.Mama tunggu kat rumah dengan adik-adik yang lain.Karang pukul 8 lebih baru gerak.

 Ada 4 buah Taska Permata Perpaduan yang sama-sama konvo.Setiap taska ada persembahan masing-masing.Bukan nak cakap lah, persembahan dari taska Kakak yang paling dapat tepukan.Lagipun masing-masing comel dengan baju elegan.Girls pakai gaun putih, kasut hitam,eksesori kepala kaler merah & kepak rama-rama.Boys pakai baju kemeja putih, kasut hitam, seluar hitam & bowtie kaler merah.Sesuai untuk jadi dayang-dayang musim orang kawin ni.Haha.Taska lain ada yang tema rock, pop yehyeh, & kostum binatang.

Group Khayra buat 3 persembahan, lagu Guruku Sayang, Chicken Dance & lagu dari ulat jadi kepompong tu ha.Khayra lah yang jadi rama-rama.Haha.Sebelum tu semua anak-anak permata nyanyi lagu Anak Permata ramai-ramai.Setiap kali phabis persembahan selang-seli dengan cabutan bertuah.Kitorang bertuah gak.Dapatlah dapur gas.Sebenarnya saya aim TV LED.Takde rezeki.Itupun dah Alhamdulillah.

Macam konvo betul.Siap dapat bunga lagi.Tapi ralat sket takpat amik gambar Khayra dengan jubah konvo.Kat belakang pentas, teacher dah bukak balik.Tapi takpelah, dalam cover sijil tu dah siap-siap dapat gambar Khayra dengan jubah.Amik gambar seminggu sebelum konvo.

 Teacher dia yang mekapkan.Lagi sepet mata tu bila pakai celak.
 

 Khayra bersama warga pendidik.Yang pegang Imran tu Ketua Pendidik, Teacher Nurul, Teacher Lina, Teacher Sarah & Mummy Kala (pembantu taska).Dah nama konvo kat masjid, kenalah bukak kasut.Haha

Family kecik saya.Kat bawah tu hadiah lucky draw yang kitorang dapat.Dapur gas.Kat belakang tu ada sesi Kursus Kahwin Negeri Melaka.Tempat tu lah saya dan hasben kursus 5 tahun lepas.Mengimbau seh..Alhamdulillah dah 3 dah..haha.

Masa Khayra naik pentas amik scroll, hati ni boleh sebak pulak.Macam tu lah mak-mak kita rasa time anak-anak konvo ye.Ini baru taska, camnelah time diorang amik degree nanti.Fuh!Seperti mak bapak yang lain, saya pun berdoa suatu hari nanti Khayra, Amsyar dan Imran dapat naik ke pentas amik scroll degree masing-masing.Kalau boleh beat mama & papa,dapat yang lebih tinggi lagi.Insyallah,Amiin.



0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...