Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

WordLess Wednesday - Menghayati

Dak Abang tengah tengok Finding Nemo... T__T

Amsyar Seorang Pemakan

Cerita Dak Abang pulak...

Kat entry bawah gambar Kakak yang slimriver tu.Cer tengok gambar dak Abang pulak.Gagah.Perkasa.Hulk.Otomen.Semuaa ada.Hehe.Khair Amsyar memang seorang pemakan.Alhamdulillah, badan pun sihaat.

 Untuk Dia..hay!!

Walaupun pemakan, kadang-kadang memilih gak.Kalau rasa-rasa nasi tu tak berperisa, dia takat jeling je pinggan atas meja tu.Nasi berperisa tu bukanlah nasi simply letak pak aji tu ye, maksud kat sini nasi ayam ke, nasi goreng ke, nasi lemak atau nasi beriani.Memang dia balun habis.Ayam takde pun takpe,tapi kalau ada lagi baik.

Selain nasik, Amsyar jugak bihun lover.Sangat suka dengan bihun.Pastu tambah dengan fishball.alamatnya fishball abis dulu, bihun kendian.Ajaibnya memang dia akan habiskan bihun dia tu.Kalau kita, mesti nak makan bihun tu dengan segala rencah kan.Bihun kosong tak lalu nak telan (saya ler tu).Tapi Amsyar tak kisah punya, asalkan kena dengan taste dia.

Kalau dia lapar, memang pe'el lain macam.Ada sekali dia terbangun dari tidur.Mengaruk.Papa try offer nasi, terus diam. Padahal sebelum dah makan dah.bukak balik apa yang ada bawah tudung saji tu.Mama lah peneman setia.Papa sambung krroih balik.

Waktu kejadian pukul 12.30 malam.Nasib baik malam Sabtu.Amsyar mengaruk lapau.Nasib baik ada belen nasi goreng makan malam.

Kena siapkan sudu dengan cawan.Oh ye, Amsyar prefer sudu dari tangan.Barulah macho.Makan penuh tertib dan senyap.Jarang dia makan bising.Senang je kalau nak tau Amsyar buat apa kalau dia senyap.Makan dan tengok TV. Sangat berdisiplin (sangat?)..Kalau nasi sebutir jatuh, dia akan kutip, masuk dalam mulut balik.Jimat T___T

Gaya kena lebih.Ekceli sudu tu buat syarat je.Tangan kanan pegang sudu, tangan kiri suap nasi.Dah berapa kali ngajau, dia tetap guna tangan kiri.Hadoi.Tersengguk gak nak tunggu dak Abang habis makan.Tertib la katakann.Nak tidur, cari mak dia jugak.Dia kan breastfeeding baby lagi.Huwaa, Abang, bila nak berenti ni T__T

WordLess Wednesday - Susut

Khayra demam seminggu.Lepas baik demam, mulut ada infection,bukan HFMD.Kering dan berdarah.Sekarang badan dah tinggal tulang,slimriver lah kekdahnya.Kesian anak mama..huhuhu..
 

Yang Sempat di Update

 Assalam...

Ada sesapa yang rindukan saya?

Waah ramainya tak rindu..Heee.

Mana satu nak citer dulu ni.Gambar Khayra bersukaneka pun tak upload lagi.Mak kat rumah dah tanya dah.Almaklum orang pencen, boring-boring kat rumah bukak blog anak cucu.Hehe.Satu lagi masalah problem, gambar kat kamera tak masuk dalam laptop lagi.Incik hasben sangat sukaa dok perap dalam kamera tu.Pastu gambar hp saya ni kann memang berkualiti, kalau dalam gelap memang hancus lebus lah gambar tu dengan noise.Segan nak upload T_T

Imran Dah Botak

 Before


 After


Imran Naik Pangkat

 Before

 After


Sekarang Imran dah tumbuh 2 batang gigi kat belah bawah.Akhirnya berdarah jugak cik N saya.Memang turun-temurun anak-anak-anak saya buat chegini kat saya.Aduss. Bila tumbuh gigi je, mesti test power time nyusu. Hmm, Abang Amsyar still lagi nyusu dengan mama.Shame-shame kann.Takpelah, tunggu betul-betul Amsyar ready (bila?).

 Dah start duduk ni, otomatik nak tepuk tangan.Memang baby macam tu ke?

 Khair Imran




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...