Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Waiting List

Nak cerita pasal Sukaneka dak Kakak.Tunggu dulu lah.Nak pilih gambar dulu.

Tarikh : 29 September 2012
Tempat : Melaka Wonderland Theme Park


Semuanya Dia Nak Buat Dalam Satu Masa

Khair Imran ni saya tengok cepat jugak perkembangan dia.Lepas je galak menyelar, seminggu lepas tu dah merangkak.Pastu bukan lesen P, dapat lesen penuh terus.Kemain laju lagi dia merangkak.Bila masa dia berlatih pun saya tak tau.Start merangkak umur 7 bulan 2 minggu.


Sekarang ni mata saya kena alert.Cepat sangat dia menghilang.Time dia menyelar haritu boleh lah saya terlepas pandang kejap.Sekarang ni,kalau grill terbukak, cepat-cepat dia menuju ikut sama kakak dengan abang dia.Hari tu boleh pulak dia amik sandal Kakak, pastu masuk mulut.Alahai anak.

Semalam saya buat kerja kat dapur.Memang nampak dia nak datang kearah saya.Kejap je dia hilang.Kakak jumpa dia dalam bilik stor.Huwaaa!!

 Inilah budak lasak tu.Ni saya umpankan kata-kata manja baru dia datang kat saya.Kalau tak entah apa dia tunggu kat depan grill tu.

Sebab lain saya kata dia cepat, baru 2 hari merangkak, Imran dah nak memaut untuk berdiri.Cikgu kat sekolah cakap, Imran ni semua sekaliharung dia nak buat.Sabar lah Dek.Tak puas mama tengok Imran menyelar haritu, dah merangkak.Ni baru 2 hari merangkak dah nak berdiri.Pastu berjalan.So fast!


 Ini buktinya.ada sebab dia nak berdiri tu.Imran suka dengan remote yang Kakak pegang tu.Selagi boleh dia nak berdiri capai remote tu.

 Kakak macam biasa, busy dengan Disney Channel.Kalau time dia geram dengan Dak Adek baru dia layan.Kalau tak, macam tu la.Imran tak berjaya berdiri.Jatuh balik.

 Masa ni kaki Imran tersangkut.Tak dapat nak berdiri.Separuh badan je.

 Nampak tak kedudukan kaki belah kiri dia.Dah terlipat.Kesian pulak saya tengok, saya betulkan kaki dia.Pastu dah saya pegang, dia nak terus dukung la.Manja ye.

Khayra dan Amsyar dulu pun cepat jugak.Khayra start duduk umur 5 bulan, berjalan 10 bulan.Amsyar pulak start berjalan 9 bulan setengah.sekarang Imran pun nak ikut jejak Kakak dengan abang.Macam ada perlumbaan pulak.Pape pun saya bersyukur anak-anak cepat perkembangan fizikal dia.Alhamdulillah.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.


WordLess Wednesday - Let's Ride Babe

Khair Amsyar with his new bike - 2nd Birthday Gift

 

Bila Ni?

Setiap hari, sampai ofis mesti bukak website ITU dulu.Kalau belum ada pape lagi, asik nak refresh la keja saya ni. Bila ni? Sabar.Sabar. Moga perkhabaran yang baik buat saya nanti.Insyallah.Amiin.

By the way, Imran dah start menyelar pastu angkat punggung nak merangkak genap 7 bulan haritu. Sekarang dah jauh merayau :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...