Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Aiseh..False Alarm La Pulak..

Pukul 4.00 am macam biasa jam bunyik.Dah set workdays kena bangun kul 4 sebab laki ai nak pergi kerja.Tapi hari ni hasben cuti lagi sebab KL cuti.Orang Melaka kena pergi keja.Jangan malas-malas.Lepas terjaga sebab bunyik alarm (bukan alarm yang ni tajuk sebenar), perut memulas-mulas.

Perut dah keras.Pergi masuk toilet, rasa memang nak buang air besau.Tapi dok teran-teran tak jugak keluar.Macam sembelit pun ada.Alamak, dah nak beranak ke? Hari ni baru 37 weeks 5 days.Dah ranum ke baby nak kuar ni?Bila buang air besau tak jadi, masuk balik naik atas katil.Sakit kejap-kejap.Dak Khair Amsyar nak nyusu lagi.Ngiring bagi dia susu.

Kali kedua sakit perut, nak tak nak tolak jugak mulut dak Adik.Tak tahan nak pergi toilet.Dia nangis kejap je, pastu sambung tidur balik.Kat toilet termenung lagi.Aduhai.Sakit apa ni?Dah masuk 3 orang anak pun confuse sakit bersalin camne.Masuk bilik balik, hasben tanya "Barang baby dah siap ke Yang?" Alahai, suamiku sayang, abang pun tahu kita lom habis prepare lagi.Pampers newborn pun tak beli lagi.Kali ni saya bentang tilam tidur kat bawah.Senang nak mengeliat-liat kalau sakit.

Perut mengeras kadang-kadang.Mata dah ngantuk ni, tapi sakit kejap-kejap.Kali ketiga masuk tandas....akhirnya keluar jugak apa yang sepatutnya keluar..Rupanya memang nak buang air besau.Few! Lega mak. My 1st false alarm.Akibatnya, pagi tadi saya dan anak-anak pergi keja lambat.Sebab terlajak bangun.Nasib baik papa ada, boleh uruskan anak-anak mandi pastu pegi taska.

Haish...buat saspen je.Adik baby, tunggu la mama dah ready.Lagi dua minggu je.Hari tu Kakak kuar 39 weeks 2 days, Abang Amsyar pulak terlebih 40 weeks 5 days.So, adik baby rileks-rileks kat dalam perut mama ni dulu yer.Apa la mama ni, kalau baby dah nak kuar tu mana boleh tahan-tahan lagi.Hari ni ramai tegur muka saya dah sembab, mata dah sepet, hidung dah kembang.Petanda awal nak bersalin,haha.By this week mana tahu saya bersalin.Insyallah kalau ada pape tanda saya update k.Bye kawan-kawan.
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...