Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Ini Kawan Kakak, Bukan Kawan Mama

Alhamdulillah Khair Amsyar kurang meragam sejak entry dia keluar kat blog mama. Hahaha. Macam tau-tau je. Papa kata berkat doa mama Adik dah ok macam dulu balik. Terima kasih sayang sebab faham keadaan mama macam mana. Harap Khair Amsyar berterusan gumbira macam dulu - kala ok.

Kat school hari tu, masa Kakak Khayra busy amik gambar adik menangis, datang kawan dia nak jugak amik gambar. Nama dia Aidid. Sebaya Khayra jugak. Tapi budak ni kemain lasak lagi. Pernah saya nampak dia tendang cikgu. Tapi dia aktif kalau suruh buat persembahan. Nama pun budak-budak kan. Yang penting kalau dia nampak saya, dia panggil saya kakak. Rasa muda pulak ai.Hahaha.

Cikgu kata, kalau suruh cari partner boy & boy, girl & girl, Aidid mesti cari Khayra. Haiihh.. Agaknya dia nampak Kakak ni boy ke? Macam bestfriend pulak. Tapi walaupun bestfriend lasak tetap lasak. Kadang-kadang dia tolak Khayra sampai tersungkur. Depan mata mak dia ni.Kalau jadi apa-apa kat anak dara Akak, siap Aidid. Eh, perasan pulak awak ni ye. T_T

 Jari Khayra terlebih sudah. Aidid malu-malu Khayra amik gambar dia.

 Aidid & Khayra. Kawan-kawan je tau. Takmau kapel-kapel ni.

Tapi yang tak bestnya, diorang tidur sebelah-menyebelah. Saya dah mintak cikgu asingkan. Sekarang Khayra tidur jauh sikit dengan Aidid. Saya yang rasa tak selesa.Budak-budak ni tak kisah pun tidur kat mana-mana pun.Cikgu yang aturkan tilam masing-masing. So salah cikgu la kan.

Kalau saya cerita pasal Aidid dengan papa, mesti Khayra sound saya balik "Eiii, Aidid tu kawan kakak la, bukan kawan mama.." Dia ingat kita cerita ni pasal Aidid tu sebab dia kawan kita. So, kalau pasal kawan dia jangan cerita. Biar Kakak sendiri yang cerita. Eceh!
3 Responses
  1. heheh hencem la aidid... kak kyra kwn je dulu tauu..


  2. Hanna Says:

    kawan je..xde istilah kwn dulu..hahaha..


  3. Hanna Says:
    This comment has been removed by the author.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...