Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Adik Kena Luvebite

Aduhai Adik Khair Amsyar kena gigit tadi. Rutin biasa saya macam biasa waktu lunch pergi tengok Dak Adik kat taska. Menyusu. Tengah leka berborak dengan ibu-ibu menyusu kat taska, sambil saya pangku Khair Amsyar, tiba-tiba datang kawan Adik yang dah pandai jalan gigit tepi pipi Adik.

Sorilah sayang, mama memang tak perasan bila masa kawan adik tu gigit. Alih-alih dengar Khair Amsyar menangis je. Berbekas jugaklah pipi Dak Khair. Lepas gosok-gosok sikit baru hilang bekas gigitan tu. Pastu timbul pulak kesan merah. Kesian Adik. Mama dah sapu dengan minyak gamat dah.

Waktu Khayra kecik-kecik pernah gak kena gigit kat taska. Tapi kena kat tangan lah. Risiko biasa kalau hantar anak ke nurseri. Kena hadap jugaklah. Takpe, nasib baik Khair Amsyar kontrol macho. Menangis sikit je. Pastu dah gelak-gelak balik. Sayang Adik.

 Mata dah bersinar balik. Baru je lepas menangis.

 Blur pulak. Nampak tak kesan merah tu?

Hasil luvebite. Adik Amsyar kuat, tahan sikit ye dik. Lama-lama merah tu hilang lah T_T
1 Response
  1. papa Says:

    kakak dulu penah kena gigit kat jari


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...