Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Mama, Kakak Lapau

Dah lama tak citer pasal anak dara saya ni.Khayra memang cerewet pasal makan.Kalau makan kt rumah, apa yang saya masak mesti dia pilih dulu.Ikut tekak dia, kalau macam tak best je, dia lari tak nak makan.Cuba kalau kat rumah nenek-nenek dia.Makanan yang sama yang saya masak tapi makan kt rumah nenek mesti dia makan sampai habis.Geram betul.Macam saya tak bagi dia makan je.Makan nak suasana lain,kalau kt rumah nenek ada sepupu atau mak2 sedara yg melayan makan.

Tapi cuba kalau dia lapar, pukul 3 pagi pun dia boleh kejut saya nak mintak nasi.Aduhai.."Mama, kakak lapau ni..nak makan.." Nak melayankan dia takdelah sampai tanak nasi, just goreng nugget je.Itu pun tersengguk saya menunggu dia habis makan.Itu lah, sape suruh taknak makan.Tengah tidur pun boleh terbangun bila dah lapar sangat.Padahal sebelum tidur memang sebotol susu dia habiskan.

Kalau makan kat luar pun macam tu gak.Bukan main selera.Alhamdulillah, badan Khayra takdelah selim-melim.Ada isi jugak untuk dipeluk-peluk.Masa bulan puasa hari tu pergi Mahkota Parade cari kasut raya.Tengah sibuk dok mengacu kasut, sekali lagi ayat simpati keluar "Mama, kakak lapau....." Dah kata orang Melaka, "lapau" jugak yang dia tahu.Hehehe.Agaknya penat sangat berjalan sampai perut pun keroncong.Dia tak tahu keroncong mama camne.Hahaha.Carikan food court order Nasi Ayam untuk Khayra.Mama tengok je sebab puasa, terliur tengok Khayra yang berselera makan.

 Khayra yang gumbira dapat makan Nasi Ayam.Teserlah kesepetan mata bila senyum.Ish! ni anak kandung saya tau, tak tahulah macam mana terkenan muka anak cina bila keluar.Boley gitu.Haha gurau je.

 Berselera tau.Alhamdulillah.

 Makan dengan sungguh-sungguh.Tak bagi mama suapkan kat public.Berdikari la tu.Tapi kat rumah mintak mama jugak yang suap.Takpe, anak mamakan.

Picture akhir ni menunjukkan yang anak aku sangat lapau.Licin.

Lepas habis makan sambung cari kasut raya Khayra.Baru bersemangat dia pilih.Moga Khayra sentiasa berselera.Tak kisahlah kadang-kadang dia cerewet sangat, yang penting dia makan.Sebab dia ada partner makan. Adik Khair Amsyar lagi berselera, semua dia akan nganga.Itu lagi syok nak menyuap.Makanan kakak dia pun dia ngap.Aduhai anak.
3 Responses
  1. Mrs Nageb Says:

    Amboi sepet bebenau dak khayra ni...cam anak cine je....huhuhuhu

    Semangat betul dia makan ekkkk....


  2. anak2 akak semua jenis tak kuat makan..mama diorg lak yg lebih2 :D


  3. Hanna Says:

    Mrs Nageb
    tu la..nasib kulit dia biasa je x putih sgt, kalau x org igt aku amik ank agkt cina..haha...

    mrsharis
    kak, sy pun sama...anak dgn mak sama je kuat melantak..kdg2 mknan diorg sy cilok smpaikan khayra nangis...ish2!teruknya mak dak khayra tu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...