Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Semalam Hujan Ribut

Semalam (18/8/2009),waktu sampai je rumah,hujan selebat-lebatnya. Tak sempat kitaorang nak masuk rumah. Mula-mula Mr.Papa kata dia try bukak pintu rumah dulu,baru aku dan Khayra masuk. Almaklumlah,rumah kitaorang ni kat tingkat atas.Tangga nak naik ke rumah takde awning langsung. So,memang kena betul-betul bergantung dengan cik payung je lah. So,elok-elok Mr.Papa sampai atas rumah,kilat sabung menyabung. Angin menderu-deru kat luar. Eventhough aku kat dalam kereta pun boleh dengar bunyi angin tu.Aduhai,seram je.Mr.Papa call,kata keadaan sekarang tak mengizinkan aku dan Khayra naik kerumah.Aku kena tunggu dulu dalam kereta sampai hujan reda.
So,aku pun dengan Khayra buat la aktiviti yang boleh.Apalagi,Khayra bergayut je la kat aku.Tapi kan,takkan dia nak menyusu je.So,pas dia dah boring menyusu,aku pun dah tak tau nak buat apa dalam keta tu.Kat luar ni memang lebat lagi ni.Mr.Papa berapa kali call,tanya keadaan kitorang.Kunci keta,Mr.Papa dah amik.Takleh bukak aircond.Memang keadaan dalam tu makin lama makin panas,walaupun kat luar tengah menggila hujan turun.Nasib baik "Rooney" kipas tangan Khayra ada.Berkipas la kitorang.Aku tengok pokok pisang yang tuan rumah tanam,makin lama makin condong.Kuat betul angin tu.
Kat atas rumah,Mr.Papa cakap air dari luar dah masuk rumah.Banjir la rumah aku nampaknya.Keadaan angin yang kuat tu jugak membuatkan payung yang Mr.Papa guna tadi patah.Haru betul.Lepas bunyi guruh yang paling kuat berdentum,barulah hujan reda sikit-sikit.Mr.Papa selamatkan kitorang dalam keta.Ceh,macam hero aku tengok.Hehehe.

Hujan Ribut

Langit gelap.Tapi baru pukul 6.




Kitorang terperangkap ni.

Hilangkan bosan

Dapur rumah yang kecah
Air naik sampai bawah meja makan


Keadaan cik payung yang patah sebab angin kuat

Lepas naik rumah,Mr.Papa bertukus lumus bersihkan air yang bertakung.Mop lagi.Aku dok rilek jaga Khayra.Hehe.Kesian Mr.Papa,lepas proses pembersihan habis,Papa terus pengsan (tido).Penat sangat.Tadi bawak keta,tempuh jem,pastu kena kemas rumah lagi.Kesian Papa.Thanks banyak-banyak ye Papa sebab kemas rumah.Sayang Papa.
Itulah seba-sedikit keadaan kitorg semalam.Terperangkap dalam hujan.
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...