Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

Happy Hour!

Tadi masa lunch hour, memang dah plan nak pegi Sogo.Keluar awal sket. Pegi susukan Khayra dulu, pastu masa untuk menerjah!..hehe..Aku memang dah aim dari hari tu nak beli bedsheet baru. Sebenarnya dah beli dah bedsheet hari tu, kt Sogo gak.

Tapi hari ni last day sale bedroom stuff kat ground floor Sogo tu, maka dengan hati yang gumbira, aku pun sama-sama dgn kakak-kakak yg lain membongkar segala macam bedsheet yg dh bersepah-sepah tu.
Kebetulan masa aku sampai, tengah "Happy Hour" sampai pukul 2. Waa,lagi seronok aku membeli dan belah. "Happy Hour" (HH) untuk bedsheet yg siap dengan comforter tu. Brand Novelle. Harga dari RM200++ jadi RM89.00. Mau tak kelabu mata aku hitam ku ini. Pastu free sebijik bantal. Sebelum tu kat tangan aku ni dah pegang bedsheet kalau dah tolak diskaun tinggal RM29.90. Ala, alang-alang tu, beli dua terus la. Hehe.

Lepas aku bayar, nampak la pillow brand Akemi. Sebijik harga dia RM10.00, Aku amik 3 terus. Tadi dah dapat free bantal, so cukup la 4 bantal aku borong hari ni. Masa aku nak balik, nampak kt tepi tu ada poster dapat Free Voucher RM10.00 kalau pembelian RM150.00 ke atas. Ceh,aku punya barang memang dah capai RM150.00 tapi dalam dua resit. Sengal la aku ni. Kalau tak,mesti dah dapat sploh hengget tu.
Peh mak, macam mana aku nak balik dengan tangan yang penuh barang ni. Barang-barang plak besar gabak. Aku kena pegang 3 plastik bag yang besar giant tu. Orang lain pun sama. Tapi diorang datang berteman. Aku lak sorang. Aku dengan muka selamba je,mengusung le barang-barang bagai ni.
Nasib baik bawak kereta. Aku humban semua dalam bonet. Tak muat pulak. Ye la,stroller Khayra memang sentiasa dalam bonet. So, dua bijik bantal lagi dok kat seat depan. Setel. Aku berlenggang masuk ofis macam takde apa yang berlaku.

Inilah hasil yang aku dapat kt Sogo. Huhu. Tengoklah plastik yg besar gabak tu. Bayangkanlah aku bawak kiri kanan. Malu pun ada. Hehe
3 Responses
  1. kakngah cun Says:

    wah..rancak menbeli dan belah sekarang..dgr2 da beli katil baru.hehe..pastu rajin je hapdate cerite ek.len kali ade sale kt sogo bgtau la.bleh alin g serbu gak.hu2..nk kek lapis srwk?jom balik kg..


  2. Ooooo..patut la datang awal ke taska td. Ghopenye ade mision..hehehevg


  3. Hanna Says:

    Kak Ngah : Ala,bkn slalu akak sopeng ni.Ceh,cpt benor mak bgtau ko ek.Tgglkan sket kek lapis s'wak tu. Akak nk yg paling sedap.Hehe.

    Kak Lia : Tu la psl kak.Kalau akak nmpk sy dtg awl kt taska,ada makna la tu.Muahaha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...